Monday, November 29, 2010

KEPUTUSAN PEMILIHAN MJKK KEPP-STATS 2010-2012

Keputusan pengundian MJKK bagi sesi 2010-2012

PRESIDEN:             ENCIK MURDAFI BIN ITHNIN (Menang tanpa bertanding)

NAIB PRESIDEN:  ENCIK ISMAIL BIN NOPIAH (Menang tanpa bertanding)

SETIAUSAHA:       ROSLAN BIN NORDIN (Menang tanpa bertanding)

PENOLONG          CIK NOOR ARFIKEEN BINTI ARIFFIN (189 undi)
SETIAUSAHA:       Puan Norfadhilah binti Mat Nor (155 undi)

BENDAHARI:         PUAN NOOR HANIM BINTI HARUN (menang tanpa bertanding)

AJK:                        ENCIK ROMLI BIN YAHAYA (284 undi)
                                ENCIK ZAMRI BIN ZAKARIA (275 undi)
                                ENCIK MYRLIZAM BIN SABTU (258 undi)
                                PUAN NUR AZLILYANY MOK BINTI ABDULLAH (225 undi)
                                ENCIK FAUZI BIN MUSTAFFA (198 undi)
                                Puan Rosmawati binti Abu Kassim (176 undi)
                                Encik Raymei bin Abdul Aziz (164 undi)
                                Encik Omar bin Nawawi (124 undi)
                                Encik Malik bin Mustakim (103 undi)

Undi diterima:   370 undi
Undi rosak:          4 undi (pangkah lebih)

MESYUARAT AGUNG KE 26

Mesyuarat Agung ke 26 Kesatuan Pembantu Perangkaan telahpun dilangsung dengan jayanya pada petang Isnin, 22 November 2010 bertempat di Dewan Anggerik, Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya. Seramai 187 orang ahli dari Ibu Pejabat, Wakil JP Negeri/Pejabat Operasi dan Wisma Minlon telah hadir menjayakan mesyuarat ini.

Y.Bhg. Dato' Hjh. Wan Ramlah binti Wan Abd. Raof, Ketua Perangkawan Malaysia telah sudi memberikan amanat dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung ini.

Amanat yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato KP adalah:

Y.Bhg. Dato’ Ketua Perangkawan Malaysia, memulakan ucapan dengan memberi salam dan salam satu Malaysia kepada semua hadirin. Beliau melahirkan rasa gembira kerana inilah julung kalinya beliau hadir dan merasmikan mesyuarat Kesatuan.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah dan syabas kepada MJKK KEPP-STATS atas inisiatif menganjurkan Mesyuarat Agong Tahunan ke 26. Dalam tempoh ini, beliau berharap KEPP-STATS akan lebih matang dan dapat melakukan transformasi serta memainkan peranan yang lebih proaktif mewakili seluruh warga Pembantu Perangkaan selaras dengan penubuhannya.

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa pihak Pengurusan prihatin dengan apa jua program dan aktiviti yang dijalankan oleh KEPP-STATS. Ini dibuktikan dengan kelulusan yang diberikan kepada Kesatuan untuk menganjurkan mesyuarat agongnya di dalam waktu bekerja dan di Dewan Anggerik malah diberikan kebenaran untuk mengunakan kemudahan mencetak dokumen.

Y.Bhg. Dato’ juga mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh warga Pembantu Perangkaan sebagai tulang belakang dalam menjayakan program dan aktiviti Jabatan kerana kelompok ini membentuk 58% jumlah tenaga kerja jabatan yakni 1,915 orang daripada jumlah anggota seramai 3,300 orang tidak termasuk anggota Pembantu Perangkaan Sambilan.

Y.Bhg. Dato’ berkata, yang beliau dimaklumkan bahawa keanggotaan Kesatuan masih rendah iaitu seramai 535 orang daripada 1,300 Pembantu Perangkaan di Semenanjung Malaysia. Beliau menyeru semua Pembantu Perangkaan yang masih belum menjadi ahli supaya mendaftar sebagai ahli kerana Kesatuan adalah platform untuk mengangkat isu berkaitan perkhidmatan dan kebajikan melalui MBJ untuk diteliti dan diselesaikan oleh pihak Pengurusan.

Y.Bhg. Dato’ mengimbas balik skop Kesatuan semasa penubuhannya iaitu untuk memperjuangkan isu jawatan sementara. Namun keadaan sekarang telah berubah, dan beliau berharap agar Kesatuan dapat membuat penyesuaiaan supaya perjuangan mereka lebih relevan mengikut pengedaran masa. Beliau juga menyeru agar Kesatuan berganding bahu dengan pengurusan dalam memajukan Jabatan serta menganjur program untuk meningkatkan tahap kemahiran anggotanya.

Menyentuh isu pemberian KUP, Y.Bhg Dato’ menjelaskan bahawa Pengurusan tidak mengamalkan diskriminasi. Jika seseorang itu cukup syarat sebagaimana yang digariskan iaitu berkhimat lebih 15 tahun atas lantikan pertama, lulus tahap 3 PTK dan mendapat penilaian prestasi melebehi 78% selama 3 tahun berturut-turut, maka tiada sebab mereka tidak diberikan jawatan KUP. Beliau seterusnya mengingatkan semua ahli supaya tidak hanya menyalahkan Jabatan, tetapi menghasabah diri sendiri, kerana setiap tingkah laku menentukan pencapaian seseorang.

Beliau mengakhiri amanat beliau dengan menasihatkan semua ahli untuk menilai apakah peranan dan sumbangan yang telah diberikan untuk mencapai visi Jabatan untuk menjadi organisasi statistik yang terbilang? Beliau juga memberikan jaminan bahawa apabila kita dapat menyumbangkan output yang positif maka segala tuntutan yang diminta, insya’Allah akan ditunaikan.





CERAMAH KESATUAN

Sempena Mesyuarat Agung KEPP-STATS ke 26, satu program ceramah motivasi telah diadakan pada sebelah pagi Isnin 22 November 2010.

Ceramah pertama bertajuk "Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pegawai" di sampaikan oleh Puan Siti Norhayati binti Mohd. Sharif, Penolong Pengarah JHEKS Selangor/WP.




Ceramah kedua bertajuk "Kepentingan dan Faedah Berkesatuan" disampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Omar bin Osman, Presiden CUEPACS.



Monday, November 8, 2010

CERAMAH MOTIVASI

Mesyuarat agong ke 26 telah ditetapkan pada Isnin, 22 November 2010 di Dewan Anggerik. Bersempena mesyuarat agong ini berbagai program diatur antaranya:

1.   Taklimat untuk wakil JP Negeri -
      Kerjasama dibuat bersama Bhg. Latihan bagi membolehkan wakil negeri membuat tuntutan
      perjalanan untuk hadir ke mesyuarat agong

2.   Ceramah motivasi bagi ahli di Ibu Pejabat, JP Selangor, JP WPKL dan JP Negeri Sembilan  
  • Kepentingan dan Faedah Berkesatuan : Y.Bhg. Tn. Hj. Omar bin Osman, Presiden
    CUEPACS               
  •  Pengurusan dan Pentadbiran Kesatuan: Wakil Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sel/WP
Roslan Nordin
S/U KEPP-STATS