Wednesday, April 28, 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM 2010

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010 akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis 13 Mei 2010 dari jam 8.30 hingga 12.00 tengah hari.
KPPKSM akan menghantar ahlinya serama 40 orang untuk menyertai dan memeriahkan lagi majlis ini.
Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan diharap beliau akan mengumumkan sesuatu yang mengembirakan penjawat awam sebagaimana yang pemberian taraf KUP kepada penjawat awam yang berkhidmat dalam skim yang sama selepas 15 tahun berkhidmat.

PERHIMPUNAN SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI

Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2010 akan dilangsungkan di Stadium Negeri Terengganu. KPPKSM akan menghantar wakil seramai 40 orang. Turut dijemput menyertai perhimpunan ini adalah ahli Kesatuan JP Terengganu.
Rombangan yang diketuai oleh Saudara Setiausaha akan memulakan perjalanan dengan menaiki bas Jabatan pada 8.30 malam 30 April 2010 dan dijangka tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 6.00 pagi 1 Mei 2010.

Perhimpunan akan dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Selepas perhimpunan, rombongan KPPKSM akan ke tempat penginapan Adek Homestay, Jalan Kamarudin. Dua banglo, satu untuk perserta lelaki dan satu untuk perserta wanita disediakan. Setiap banglo yang mempunyai 5 bilik berhawa dingin.

Pihak KPPKSM telah mengatur beberapa program untuk mengisi masa lapang peserta, antaranya melawat Arfa Batik, Pasar Payang dan Masjid Kristal. Makan malam disediakan oleh KPPKSM di Lagoon.

Rombongan akan bertolak balik ke Putrajaya pada 02 Mei 2010 dan dalam perjalanan balik akan singgah di Pantai Kelulut untuk memberi peluang kepada peserta untuk membeli keropok Terengganu.

Monday, April 26, 2010

KEMPEN "HINDAR MENERIMA, PERANGI PEMBERI RASUAH" -SPRM

27 April 2010

PENJAWAT AWAM TIDAK MUDAH DISOGOK : KSN

Bernama 2010/04/26 PUTRAJAYA: Kempen "Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah" akan memberi satu amaran kepada masyarakat umum bahawa penjawat awam tidak mudah disogok dengan rasuah, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini. “Kita akan memberi satu isyarat bahawa kita mempunyai integriti yang tinggi,” katanya di majlis perasmian kempen itu yang melibatkan agensi penguatkuasaan utama seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Antara yang hadir di majlis itu adalah Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tun Abdul Hamid Mohamad; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan Presiden Cuepacs, Omar Osman

Wednesday, April 14, 2010

CUEPACS MINTA KERAJAAN SEMAK SEMULA GAJI PENJAWAT AWAM

PULAU PINANG, 14 April (Bernama)

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya menyemak semula gaji penjawat awam. Presiden Cuepacs Omar Osman berkata kongres itu dalam proses menyiapkan satu memorandum semakan seiring dengan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk mengukuhkan sektor awam." Kami di peringkat akhir bagi menyiapkan memorandum itu untuk diserahkan kepada kerajaan kerana kali terakhir kenaikan gaji ialah kira-kira empat tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar Kebangsaan Kepimpinan Muda Kesatuan Sekerja Sektor Awam di sini Rabu. Beliau berkata Cuepacs akan menyiapkan memorandum itu untuk diserahkan kepada kerajaan dalam masa sebulan dua ini.
Sementara itu, beliau berkata penjawat awam yang memohon bersara pilihan masih boleh memperoleh ganjaran penuh jika mempunyai alasan munasabah bagi menyokong permohonan itu seperti masalah kesihatan selepas persetujuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)."JPA telah setuju memberi kelonggaran itu bagi kes tertentu tetapi jika alasan bersara pilihan tidak munasabah, syarat yang ditetapkan dalam pekeliling adalah terpakai," katanya.Mengulas lanjut, Omar berkata penjawat awam yang bercadang bersara awal dan mempunyai alasan kukuh seperti masalah kesihatan ingin selesaikan hutang, boleh mendapat 100 peratus ganjaran."Jika nak bersara tanpa tujuan dan alasan yang kukuh, mereka akan menerima 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi," katanya.
Tambahnya, JPA juga memberi jaminan syarat itu hanya berbentuk jangka pendek dan kembali kepada syarat lama apabila keadaan ekonomi negara kembali pulih.Mulai 1 Februari lalu, JPA mengetatkan permohonan bersara pilihan kakitangan awam persekutuan, negeri dan badan berkanun serta kerajaan tempatan berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Antara syarat baru itu, kakitangan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi ketika bersara pilihan berbanding bayaran sekali gus sebelum ini.-- BERNAMA

Thursday, April 8, 2010

Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Kerajaan

Bernama07/04/2010
1:03pm
KUALA LUMPUR 7 April - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam kepada dua peratus dariada empat peratus sekarang.Ia bagi diselaras dengan kadar pasaran semasa."Banyak bank kini mengenakan kadar yang kurang daripada empat peratus dan kerajaan patut mengambil langkah yang sama untuk menyelaras kadar berkenaan,” kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.Beliau memberi alasan bahawa kadar empat peratus itu sudah lama diperkenalkan iaitu sejak awal 70-an."Oleh kerana sudah hampir 40 tahun, keadaan sudah berbeza maka penyesuaian perlu dilakukan,” katanya. - Bernama