Friday, December 24, 2010

PENJAWAT AWAM JADI AHLI CUEPACS SECARA AUTOMATIK

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang berakhir hari ini mencapai kata putus untuk memastikan semua penjawat awam yang layak menjadi ahlinya secara automatik.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya akan memaklumkan hasrat berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam masa terdekat.

"Kita sasarkan pada 2011 semua penjawat awam yang layak akan menjadi ahli kerana kita tidak mahu ada yang menentang perjuangan CUEPACS.

"Daripada jumlah keseluruhan penjawat awam, terdapat 900,000 yang layak menjadi ahli namun pada masa ini hanya kira-kira 500,000 orang sahaja yang telah mendaftar," katanya.

Beliau ditemui pemberita sejurus Konvensyen Tritahunan kali Ke-25 CUEPACS yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini, ditangguhkan petang ini.

Konvensyen berkenaan turut membabitkan proses pemilihan kepimpinan CUEPACS bagi penggal 2010 hingga 2013 yang menyaksikan Omar berjaya mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI (Kekam), Ramli Omar.

Omar memperoleh 816 undi manakala pencabarnya mendapat 154 undi sahaja.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk memastikan semua kesatuan dalam perkhidmatan awam menjadi ahli gabungan CUEPACS.

Katanya, pada masa ini sebanyak 79 kesatuan sudah menjadi ahli gabungan manakala 12 kesatuan lagi dalam proses pertimbangan.

"Terdapat lebih daripada 50 kesatuan yang belum membuat permohonan berikutan kutipan yuran yang masih rendah," katanya.

Sementara itu, Omar melahirkan harapan supaya kerajaan mendahulukan ahli-ahli CUEPACS dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat, peluang latihan mahupun pemberian bonus.

Katanya, ia kerana terdapat segelintir penjawat awam yang tidak menghargai perjuangan CUEPACS termasuklah melemparkan kritikan apabila sesuatu desakan tidak berjaya namun tidak pula mengucapkan terima kasih apabila desakan itu dipenuhi kerajaan.

"Kita juga tidak mahu ahli kita yang ada potensi dan kreatif diketepikan manakala bukan ahli dilantik ke jawatan yang lebih baik hanya kerana selalu berdampingan dengan pihak atasan," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, konvensyen berkenaan, bersetuju untuk menubuhkan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) hal ehwal penjawat awam.

Katanya, ia bagi memenuhi hasrat ahli yang mahu melihat CUEPACS berjuang secara tersusun dan bertindak dengan lebih cekap.

Tuesday, December 14, 2010

SOAL JAWAB: PRODUKTIVITI, DISPLIN LEBIH ADIL MENILAI PRESTASI PERKHIDMATAN

CUEPACS syor tumpuan kepada latihan, sistem mata gaji kakitangan awam diubah

JANGKA hayat peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), sistem diperkenalkan lapan tahun lalu untuk menilai kecekapan kakitangan awam hanya berbaki kira-kira tiga minggu lagi. Apa reaksi CUEPACS, kesatuan sekerja mewakili kakitangan sektor itu dan paling lantang mahu PTK dimansuhkan sebelum ini. Wartawan Edisi Mingguan, ROHANIZA IDRIS dan MOHD AZIS NGAH menemui Presiden CUEPACS, Omar Osman dan memperincikan kaedah penilaian yang diguna pakai kerajaan bagi menilai lebih 1.2 juta kakitangannya.

AKHIRNYA desakan CUEPACS supaya PTK dimansuhkan tercapai. Apa sebenarnya punca sistem ini tidak diterima?

CUEPACS pada awalnya akur dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) pada Oktober 2002 kerana kita lihat banyak kebaikan dan pembaharuan. Namun, selepas lima tahun dilaksanakan, kami lihat banyak masalah timbul. Pada awalnya semua lancar dengan kakitangan awam lulus PTK dapat naik pangkat walaupun tanpa kekosongan jawatan dan anjakan gaji, tetapi selepas itu jika lulus PTK pun tiada jaminan naik pangkat walaupun ada kekosongan, malah gaji pun tak dianjakkan. Dalam sesetengah kes, ada yang dapat naik pangkat, tapi tak naik gaji, ada yang naik gaji tapi tak naik pangkat, lebih malang yang lulus PTK pun tak dapat kedua-duanya.

CUEPACS nampak selama lapan tahun PTK berjalan, banyak masalah timbul dan objektifnya tak tercapai malah tiada kajian keberkesanannya dibuat. Kita pernah diminta bagi cadangan penambahbaikan PTK, namun masalah tetap tak selesai, malah menyusahkan lagi kakitangan kerana terpaksa meninggalkan tugas hakiki sebab nak beri perhatian kepada peperiksaan.

Pelaksanaan PTK tak ikut seperti termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam, malah PTK tak menjanjikan naik pangkat kerana terikat dengan kuota jawatan. Dalam sesetengah kes, PTK bukan kayu pengukur kenaikan pangkat kerana ketua jabatan tak luluskan kenaikan itu. Lebih malang jika lulus PTK dan dapat sokongan ketua jabatan pun, tapi prestasi tak cemerlang tak juga dapat naik pangkat. Begitu juga sebaliknya, kakitangan dapat sokongan ketua dan jadi pekerja cemerlang dengan mata 80 peratus ke atas, tapi kerana tak lulus PTK, dinafikan hak naik pangkat. Ini bererti kenaikan pangkat dan anjakan gaji bergantung kepada tiga faktor ini, bukannya PTK saja diambil kira.

Kita nampak masalah dalam SSM menyebabkan ada pekerja junior mendahului pekerja senior. Akibat tak lulus PTK, ada kakitangan berkhidmat 25 tahun tak naik-naik gaji dan pangkat walaupun berpengalaman luas, malah mereka pula mengajar junior yang sudah jadi ketua. Kita juga lihat soalan dikemukakan dalam PTK tak menepati bidang kerja kakitangan. Itu sebabnya ramai tak lulus walaupun praktikal mereka bagus dalam tugas. Penyedia soalan adalah jawatankuasa khas di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, bukan pegawai di jabatan masing-masing.

Tarikh pemansuhan PTK sudah diumumkan iaitu 1 Januari ini, tapi belum ada sistem baru untuk menggantikannya?

Bagi CUEPACS, pemansuhan PTK tepat pada masanya kerana memang ini yang kita harapkan. Kita dapati masalah PTK ini menyebabkan pekerja protes secara senyap, mereka tak lagi bekerja bersungguh-sungguh malah ada yang melanggar disiplin kerana bosan selepas asyik tak lulus periksa atau rasa terpinggir apabila ada rakan yang lulus PTK dapat naik pangkat dan anjakan gaji. Kini ramai yang memuji langkah kerajaan dan berasa lega.

Jadi apa cadangan CUEPACS untuk menilai kakitangan awam?

Kita cadangkan sistem penilaian baru yang mengambil kira pengalaman, produktiviti dan kualiti, bukannya berdasarkan peperiksaan, sokongan ketua jabatan dan penilaian prestasi saja. Ada banyak cara lain untuk mengukur kompetensi kakitangan awam, lebih baik fokus pada integriti. Jika integriti tinggi, prestasi cemerlang dan produktiviti bagus, ada peluang naik pangkat dan gaji terutama badan beruniform dan penguatkuasaan seperti tentera dan polis. Daya kreativiti dan inovatif kakitangan awam juga perlu diambil kira dalam penilaian untuk naik pangkat dan gaji kerana bukan semua boleh berfikiran seperti itu. Disiplin dan kerajinan juga harus diambil kira. Semua itu disekat dalam PTK.

Bagaimana mahu mengelakkan ketidakadilan dalam menilai prestasi kakitangan?

CUEPACS pernah suarakan supaya pandangan pekerja diambil kira sebelum buat sistem baru supaya apabila dilaksanakan nanti, tidak mendatangkan masalah seperti PTK. Kita tak mahu sistem baru nanti mencedok atau menggabungkan sistem lama dengan penambahbaikan saja, kita mahu sistem benar-benar baru yang tidak lompong, lebih adil dan saksama serta tak menyusahkan penjawat awam, membazir wang kerajaan dan membuang masa. Tak perlu ada peperiksaan dan kursus lagi, sebaliknya beri tumpuan kepada latihan meningkatkan kecekapan dan kualiti pekerja. Sekarang saya nampak ada jabatan kerajaan mendapat pelbagai anugerah, namun prestasi pekerja masih rendah, jadi ia tak melambangkan kecemerlangan keseluruhan. Saya pasti kecemerlangan jabatan bergantung kepada kecemerlangan kakitangannya. Justeru, faktor ini juga perlu diambil kira dalam penilaian prestasi pekerja untuk naik pangkat dan anjakan gaji. Kita juga mahu JPA mengkaji penambahan lima tangga mata gaji setiap gred perkhidmatan awam berbanding tiga sekarang bagi mengelak gaji maksimum diterima kakitangan awam untuk tempoh yang lama. Selepas had umur persaraan dinaikkan kepada 58 tahun, sepatutnya sistem mata gaji diubah kerana tempoh perkhidmatan bertambah. Kita tak mahu ada kakitangan berada dalam tahap gaji maksimum terlalu lama. Sekarang ada penjawat awam gajinya tak naik lebih 12 tahun kerana sudah capai maksimum.

Difahamkan sistem penilaian baru nanti akan menepati kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Apa pandangan CUEPACS?

Setiap agensi atau jabatan kerajaan ada hala tuju, matlamat, piagam pelanggan dan sasaran masing-masing. Ketua jabatan juga ada strategi untuk menunjukkan keupayaan jabatan masing-masing. Justeru, saya bersetuju sistem baru nanti perlu menepati KPI. Kita tak mahu KPI jabatan terlaksana dengan jayanya, tapi nasib pekerja tak terbela. Kita tak mahu ada yang kerja 30 tahun, tak dapat naik pangkat. Saya percaya jika sistem penilaian baru nanti dapat menyelesaikan masalah yang wujud, produktiviti perkhidmatan awam dapat ditingkatkan.

Posted by CUEPACS at 01:47

Sunday, December 12, 2010

JPA PERLU BERBINCANG DENGAN KESATUAN SEKERJA SEBELUM LAKSANA PENILAIAN BARU

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kesatuan dan persatuan pekerja kakitangan awam mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan perbincangan dengan mereka sebelum merangka dan melaksana penilaian baru bagi kakitangan perkhidmatan awam.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, ini adalah penting untuk mendapatkan pandangan dan pendapat bersama bagi menghasilkan satu sistem penilaian yang terbaik, dan bagi menepati kehendak penjawat awam untuk menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditamatkan Januari depan.

Beliau berkata penilaian baru yang akan diperkenalkan diharap satu sistem yang adil dan tidak berkonsepkan peperiksaan yang mana penjawat awam dinilai berdasarkan produktiviti, kreativiti, inovatif dan sumbangan kepada organisasi."Kita tidak mahu orang lihat yang lulus PTK itu saja yang cemerlang walhal orang bawah bertungkus lumus buat kerja, Jadi, saya minta penilaian yang baru nanti menilai penjawat awam sama rata, tidak ada unsur berat sebelah atau pilih kasih, katanya kepada Bernama di sini.JPA baru-baru ini mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010, yang memaklumkan mengenai pemansuhan PTK berkuatkuasa 1 Jan 2011, dan ia tidak lagi menjadi syarat kenaikan pangkat mulai 1 Jan depan.Pekeliling itu dikeluarkan berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2011 pada Oktober lepas yang memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PTK dan menggantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pegawai awam menjelang Jun tahun depan.

Omar berkata PTK yang diwujudkan tanpa kajian menyeluruh telah mencapai matlamatnya dan sepatutnya sudah lama dimansuhkan memandangkan ramai penjawat awam menolak peperiksaan itu.Untuk itu, beliau berkata penilaian semula yang lebih adil dan saksama perlu diadakan selepas ini.Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri berkata dengan adanya perbincangan antara JPA dan kesatuan, sistem penilaian baru itu nanti akan memenuhi keperluan pelbagai sektor daripada hanya tertumpu kepada pandangan JPA sahaja.Beliau berharap penilaian baru ini tidak berorientasikan peperiksaan lagi seperti PTK yang diperkenalkan kerajaan pada 1 Nov 2002 yang diwujudkan untuk menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan.

Selain itu ia bertujuan meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi, katanya.Hamzah juga berharap penilaian baru ini dapat memberi tumpuan lebih kepada bidang tugas masing-masing dan tidak dibebankan dengan peperiksaan."Penilaian yang melibatkan bidang tugas masing-masing (penjawat awam) lebih sesuai dan lebih tepat. Penjawat awam bukan lagi di peringkat pelajar. Kalau boleh penilaian yang baru ini tidak berbentuk peperiksaan tetapi dinilai mengikut tahap kecekapan bidang masing-masing yang mana lebih berkesan," katanya.-- BERNAMA

Wednesday, December 1, 2010

KONVENSYEN TRI TAHUNAN CUEPACS

Konvensyen Tri Tahunan CUEPACS akan diadakan pada 21-23 Disember 2010, di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. YAB Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan konvensyen ini pada jam 9.30 pagi 21 Disember 2010.

Pemilihan baru barisan pemimpin CUEPACS bagi sesi 2010-2013 akan dibuat semasa konvensyen ini dan KEPP-STAS akan diwakili oleh 5 orang AJK Tertinggi.

Sempena Konvensyen ini juga, satu seminar bertajuk "Transformasi Penjawat Awam ke Arah Lebih Kreatif dan Inovatif" akan dilangsungkan juga di Dewan Tunku Canselor pada 20 Disember 2010. 5 orang peserta KEPP-STATS iaitu 3 orang MJKK, wakil JP WPKL dan wakil JP Selangor akan menyertai seminar.

MJKK KEPP-STATS 2010-2012

Monday, November 29, 2010

KEPUTUSAN PEMILIHAN MJKK KEPP-STATS 2010-2012

Keputusan pengundian MJKK bagi sesi 2010-2012

PRESIDEN:             ENCIK MURDAFI BIN ITHNIN (Menang tanpa bertanding)

NAIB PRESIDEN:  ENCIK ISMAIL BIN NOPIAH (Menang tanpa bertanding)

SETIAUSAHA:       ROSLAN BIN NORDIN (Menang tanpa bertanding)

PENOLONG          CIK NOOR ARFIKEEN BINTI ARIFFIN (189 undi)
SETIAUSAHA:       Puan Norfadhilah binti Mat Nor (155 undi)

BENDAHARI:         PUAN NOOR HANIM BINTI HARUN (menang tanpa bertanding)

AJK:                        ENCIK ROMLI BIN YAHAYA (284 undi)
                                ENCIK ZAMRI BIN ZAKARIA (275 undi)
                                ENCIK MYRLIZAM BIN SABTU (258 undi)
                                PUAN NUR AZLILYANY MOK BINTI ABDULLAH (225 undi)
                                ENCIK FAUZI BIN MUSTAFFA (198 undi)
                                Puan Rosmawati binti Abu Kassim (176 undi)
                                Encik Raymei bin Abdul Aziz (164 undi)
                                Encik Omar bin Nawawi (124 undi)
                                Encik Malik bin Mustakim (103 undi)

Undi diterima:   370 undi
Undi rosak:          4 undi (pangkah lebih)

MESYUARAT AGUNG KE 26

Mesyuarat Agung ke 26 Kesatuan Pembantu Perangkaan telahpun dilangsung dengan jayanya pada petang Isnin, 22 November 2010 bertempat di Dewan Anggerik, Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya. Seramai 187 orang ahli dari Ibu Pejabat, Wakil JP Negeri/Pejabat Operasi dan Wisma Minlon telah hadir menjayakan mesyuarat ini.

Y.Bhg. Dato' Hjh. Wan Ramlah binti Wan Abd. Raof, Ketua Perangkawan Malaysia telah sudi memberikan amanat dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung ini.

Amanat yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato KP adalah:

Y.Bhg. Dato’ Ketua Perangkawan Malaysia, memulakan ucapan dengan memberi salam dan salam satu Malaysia kepada semua hadirin. Beliau melahirkan rasa gembira kerana inilah julung kalinya beliau hadir dan merasmikan mesyuarat Kesatuan.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah dan syabas kepada MJKK KEPP-STATS atas inisiatif menganjurkan Mesyuarat Agong Tahunan ke 26. Dalam tempoh ini, beliau berharap KEPP-STATS akan lebih matang dan dapat melakukan transformasi serta memainkan peranan yang lebih proaktif mewakili seluruh warga Pembantu Perangkaan selaras dengan penubuhannya.

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa pihak Pengurusan prihatin dengan apa jua program dan aktiviti yang dijalankan oleh KEPP-STATS. Ini dibuktikan dengan kelulusan yang diberikan kepada Kesatuan untuk menganjurkan mesyuarat agongnya di dalam waktu bekerja dan di Dewan Anggerik malah diberikan kebenaran untuk mengunakan kemudahan mencetak dokumen.

Y.Bhg. Dato’ juga mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh warga Pembantu Perangkaan sebagai tulang belakang dalam menjayakan program dan aktiviti Jabatan kerana kelompok ini membentuk 58% jumlah tenaga kerja jabatan yakni 1,915 orang daripada jumlah anggota seramai 3,300 orang tidak termasuk anggota Pembantu Perangkaan Sambilan.

Y.Bhg. Dato’ berkata, yang beliau dimaklumkan bahawa keanggotaan Kesatuan masih rendah iaitu seramai 535 orang daripada 1,300 Pembantu Perangkaan di Semenanjung Malaysia. Beliau menyeru semua Pembantu Perangkaan yang masih belum menjadi ahli supaya mendaftar sebagai ahli kerana Kesatuan adalah platform untuk mengangkat isu berkaitan perkhidmatan dan kebajikan melalui MBJ untuk diteliti dan diselesaikan oleh pihak Pengurusan.

Y.Bhg. Dato’ mengimbas balik skop Kesatuan semasa penubuhannya iaitu untuk memperjuangkan isu jawatan sementara. Namun keadaan sekarang telah berubah, dan beliau berharap agar Kesatuan dapat membuat penyesuaiaan supaya perjuangan mereka lebih relevan mengikut pengedaran masa. Beliau juga menyeru agar Kesatuan berganding bahu dengan pengurusan dalam memajukan Jabatan serta menganjur program untuk meningkatkan tahap kemahiran anggotanya.

Menyentuh isu pemberian KUP, Y.Bhg Dato’ menjelaskan bahawa Pengurusan tidak mengamalkan diskriminasi. Jika seseorang itu cukup syarat sebagaimana yang digariskan iaitu berkhimat lebih 15 tahun atas lantikan pertama, lulus tahap 3 PTK dan mendapat penilaian prestasi melebehi 78% selama 3 tahun berturut-turut, maka tiada sebab mereka tidak diberikan jawatan KUP. Beliau seterusnya mengingatkan semua ahli supaya tidak hanya menyalahkan Jabatan, tetapi menghasabah diri sendiri, kerana setiap tingkah laku menentukan pencapaian seseorang.

Beliau mengakhiri amanat beliau dengan menasihatkan semua ahli untuk menilai apakah peranan dan sumbangan yang telah diberikan untuk mencapai visi Jabatan untuk menjadi organisasi statistik yang terbilang? Beliau juga memberikan jaminan bahawa apabila kita dapat menyumbangkan output yang positif maka segala tuntutan yang diminta, insya’Allah akan ditunaikan.





CERAMAH KESATUAN

Sempena Mesyuarat Agung KEPP-STATS ke 26, satu program ceramah motivasi telah diadakan pada sebelah pagi Isnin 22 November 2010.

Ceramah pertama bertajuk "Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pegawai" di sampaikan oleh Puan Siti Norhayati binti Mohd. Sharif, Penolong Pengarah JHEKS Selangor/WP.




Ceramah kedua bertajuk "Kepentingan dan Faedah Berkesatuan" disampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Omar bin Osman, Presiden CUEPACS.



Monday, November 8, 2010

CERAMAH MOTIVASI

Mesyuarat agong ke 26 telah ditetapkan pada Isnin, 22 November 2010 di Dewan Anggerik. Bersempena mesyuarat agong ini berbagai program diatur antaranya:

1.   Taklimat untuk wakil JP Negeri -
      Kerjasama dibuat bersama Bhg. Latihan bagi membolehkan wakil negeri membuat tuntutan
      perjalanan untuk hadir ke mesyuarat agong

2.   Ceramah motivasi bagi ahli di Ibu Pejabat, JP Selangor, JP WPKL dan JP Negeri Sembilan  
  • Kepentingan dan Faedah Berkesatuan : Y.Bhg. Tn. Hj. Omar bin Osman, Presiden
    CUEPACS               
  •  Pengurusan dan Pentadbiran Kesatuan: Wakil Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sel/WP
Roslan Nordin
S/U KEPP-STATS


Sunday, October 24, 2010

MESYUARAT AGONG KESATUAN

Pihak MJKK memohon maaf kerana kelewatan mengadakan mesyuarat ke 26 (2010-2012) disebabkan sebilangan besar MJKK serta ahli terlibat dengan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010.

Mesyuarat dijangka diadakan pada Isnin 22 Oktober 2010 atau 29 Oktober 2010 bergantung kepada kelapangan masa Dato' KP yang dijemput sebagai perasmi.

Tempat mesyuarat adalah di Dewan Anggerik Aras 2, Putrajaya.

Makluman dan Notis mesyuarat akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

HARAP MAKLUM

ROSLAN NORDIN
S/U KEPP-STATS

Sunday, May 16, 2010

NAJIB - GOOD CIVIL SERVANTS WILL BE REWARDED

Star - Published: Friday May 14, 2010 MYT 8:31:00 PM
By MAZWIN NIK ANIS and FLORENCE A.SAMY

PUTRAJAYA: Outstanding civil servants will be recognised, rewarded and their good work made known to the nation, said the Prime Minister. “Good performance by government employees must, and will, be recognised. We are thinking of incentives and rewards for them,” added Datuk Seri Najib Tun Razak.

To ensure continuous development, civil servants need to constantly think on their feet and find “out-of-the-box” solutions to settle issues.

“You will benefit too, and your interest will be well-looked after if the country prospers,” he said when addressing civil servants at a gathering organised by Cuepacs Friday.

Najib urged the nation's 1.2mil civil servants to do the “sprint” with him by becoming an excellent, innovative and effective public sector as Malaysia enters the final 10-year in its bid to achieve developed nation status in 2020.

The Prime Minister said that while much had already been achieved, the coming 10 years were crucial and was not the time for everyone, including civil servants to take things easy.

“Like running in a marathon, we have entered the last lap of the race and we need to increase our momentum and do the sprint,” he said.

Among thise present were Cuepacs president Omar Osman, ministers, Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan and Public Service director-general Tan Sri Ismail Adam.

Najib added the administration had put in place the Government Transformation Programme and the Economic Transformation Programme.

“I believe so far, we are on the right track as reflected in 10.1% growth in the Gross Domestic Product (GDP) for the first quarter of 2010. Be mindful however, there is still much more to do to achieve our vision and we need to remain focus,” he said.

The Prime Minister also paid tribute to civil servants, saying those with outstanding performance and excel in their duties would be recognised and have their good work made public.

Meanwhile, Omar said work attitude need to change and civil servants must show more enthusiasm, dedication and interest towards their duty.

Speaking at the Malay Entrepreneur Convention organised by the Malay Chamber of Commerce Malaysia in Kuala Lumpur, Najib said there were simply too many Class F contractors at 30,000 - the most per capita worldwide.

It was time to move out of overcrowded fields and go find new ones, the Prime Minister said.

UTAMAKAN KEBERKESANAN KERAJAAN

2010/05/15

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengajak penjawat awam menjadikan sasaran kerajaan yang berkesan sebagai tanggungjawab bersama dalam tempoh 10 tahun menjelang Wawasan 2020, bagi memastikan ia dapat memenuhi harapan dan jangkaan rakyat.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini, seluruh dunia tidak lagi bercakap mengenai saiz sesuatu jentera pentadbiran awam, sebaliknya menumpukan kepada keberkesanan kerajaan.

“Soal kerajaan berkesan mesti menjadi tanggungjawab bersama. Dalam konteks hari ini, yang lebih tepat lagi ialah bukan sebab saiz, bukan soal besar atau kecil, tetapi soal keberkesanan (kerajaan) paling utama yang menjadi perhitungan kita,” katanya pada majlis Perhimpunan Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam. Majlis berkenaan anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dan Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Najib berkata, kerajaan berkesan ialah yang berupaya memenuhi jangkaan rakyat yang semakin tinggi, pada masa ini berikutan peningkatan tahap pendidikan mereka. Justeru, katanya, penjawat awam perlu menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam tindakan sepanjang tempoh 10 tahun ini. Sambil mengambil contoh perlumbaan maraton, Perdana Menteri berkata, tempoh 10 tahun ini adalah fasa akhir sebelum sampai ke garisan penamat yang memerlukan pelari memiliki momentum dan terus bertenaga untuk berjaya.

Beliau juga berkata, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB) adalah antara momentum yang disediakan kerajaan untuk memperkasakan transformasi. Katanya, GTP adalah perincian untuk menjayakan transformasi sehingga berupaya membawa negara bersaing pada peringkat global dengan dibantu aspek kreativiti dan inovasi. Najib juga berkata, kerajaan menyediakan hadiah luar biasa kepada jabatan yang berjaya mencetuskan inovasi pada Hari Inovasi kelak, iaitu daripada Ketua Pengarah hingga kakitangan bawahan.

“Saya tidak akan lupa sumbangan penjawat awam dan akan terus membantu... untung nasib penjawat awam akan sentiasa dijaga oleh kerajaan,” katanya

PENJAWAT AWAM PERLU TUNJUKKAN KEHEBATAN LUAR BIASA- NAJIB

Bernama14/5/2010

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Penjawat awam perlu menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam tindakan yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi merealisasikan Wawasan 2020.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana dalam tempoh tersebut akan menjadi penentu kepada kejayaan atau sebaliknya terhadap matlamat yang diimpikan itu."Jika dalam perlumbaan maraton, kita ini dah masuk last stretch, sebab 10 tahun saja lagi sebelum mencapai Wawasan 2020."Sebab itu, bila dalam maraton ini, kita dah dekat garis penamat ini, kita mesti pecut. Bukannya dah dekat dengan garis penamat, kita dah habis angin, tercungap-cungap."Tak boleh... 10 tahun akan datang ini adalah tahun di mana kita mesti menunjukkan kecergasan dan kehebatan yang luar biasa. Barulah kita berjaya," katanya dalam amanat pada majlis perhimpunan penjawat awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada hari Jumaat.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Najib berkata misi kerajaan kini ialah membuat perubahan besar dan penjawat awam perlu melaksanakan dua momentum yang telah digariskan iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru.Katanya langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk melahirkan kerajaan yang efektif yang dapat mengisi harapan dan jangkaan rakyat.

"Soal effective government mesti menjadi tanggungjawab kita bersama."Berkat kerjasama kita sebagai satu pasukan, pemulihan ekonomi negara dengan pengumuman saya telah buat semalam, suku pertama tahun ini, ekonomi kita melonjak 10.1 peratus. Satu peningkatan yang di luar jangkaan," katanya.Najib berkata sektor awam yang menunjukkan prestasi yang baik akan diberi pengiktirafan kerana berjaya membuat perubahan yang boleh dibanggakan."Seperti pejabat Imigresen yang boleh mengeluarkan pasport antarabangsa dalam tempoh 1 jam, kita iklankan, sebab ini satu perubahan yang kita mesti banggakan."Saya bangga apabila saya dengar sektor awam kita boleh menghasilkan kerja seperti ini, saya berasa bangga sangat. Saya berasa bangga bahawa kita ada di kalangan penjawat awam yang berprestasi dan mempunyai komitmen yang tinggi," katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu mengenal pasti agensi dalam sektor awam yang menunjukkan pencapaian luar biasa bagi diberi pengiktirafan sama ada diiklankan atau diberi ganjaran.Beliau berkata terdapat cadangan untuk memberi ganjaran yang luar biasa kepada pemenang anugerah inovasi perkhidmatan awam pada tahun ini."Luar biasa hadiahnya, semua akan dapat. Jika jabatan, daripada Ketua Pengarah sampai ke bawah, semua akan dapat, bukan ketua sahaja," katanya.

Najib berkata dalam Model Ekonomi Baru, kerajaan menyasarkan pendapatan rakyat termasuk penjawat awam meningkat daripada purata USD7,000 kepada USD15,000 dalam tempoh 10 tahun.Justeru, Perdana Menteri berkata beliau tidak mahu melihat pendapatan penjawat awam berada di tahap yang rendah."Saya tidak akan lupa sumbangan penjawat awam dan akan terus membantu...untung nasib penjawat awam akan sentiasa dijaga oleh pihak kerajaan," katanya.

Beliau berkata langkah dan perubahan yang dilakukan itu bagi memastikan tiada sesiapapun memperlekehkan Malaysia dan peluang beliau bertemu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama baru-baru ini menunjukkan bahawa kuasa besar itu mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin berjaya."Apabila saya dapat peluang berjumpa Barack Obama, jika dilihat Malaysia negara yang dianggap sebagai failing state, saya tidak fikir dia mengadakan bilateral dengan saya."Sebab saya mewakili Malaysia, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang dapat peluang bilateral dengan Presiden Barack Obama."... dan apabila saya dapat mengadakan bilateral, tidak bererti saya melutut kepada dia, seperti yang orang kata. No way, saya jumpa dia kerana saya mewakili negara yang berjaya dan semakin berjaya," katanya.-

Monday, May 10, 2010

SAMBUTAN HARI PEKERJA 01 MEI

Sambutan Hari Pekerja 01 Mei tahun ini telah dilangsungkan di Stadium Negeri Terengganu. KPPKSM telah menghantar 45 wakil daripada anggota di Ibu Pejabat Putrajaya, Wisma Minlon, JPN WPKL dan juga dari JPN Terengganu.

Sambutan ini dimulakan dengan ucapan yang amat memberangsangkan oleh Presiden CUEPACS dan seterusnya dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia. Tema sambutan tahun ini adalah "Kebajikan Cemerlang, Gagasan Malaysia Terbilang".

Hadir sama adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Zakaria Jaafar dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Dr Alias Isma.

Antara perkara yang disentuh oleh CUEPACS adalah memastikan 1.3 juta kakitangan awam mengubah pendekatan dan cara bekerja bagi memenuhi hasrat Datuk Seri Najib Razak yang mahu pekerja di negara ini menjadikan kreativiti dan penciptaan semula sebagai fokus tahun ini dalam usaha meningkatkan produktiviti dan transformasi ekonomi negara.

CUEPACS akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menukar status kakitangan awam Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 kepada nama baru dikenali Kumpulan Pelaksana kerana nama Kumpulan Sokongan tidak sesuai lagi kerana apa saja arahan yang dikeluarkan pihak atasan akan dilaksanakan oleh kakitangan gred berkenaan.

CUEPACS juga mendedahkan bahawa terdapat ketua jabatan sektor awam yang baru, mula memperlekehkan kesatuan itu serta pemimpinnya, termasuk menyifatkan CUEPACS seperti pertubuhan haram yang tidak berdaftar. CUEPACS kecewa dengan sikap ketua jabatan berpandangan sedemikian kerana mereka sepatutnya sedar kejayaan sesebuah jabatan amat bergantung kepada tugas kakitangannya dan perjuangan CUEPACS untuk menjadikan sektor awam berwibawa dan dihormati. Katanya, apa saja yang diperjuangkan CUEPACS seperti tuntutan kenaikan gaji, kemudahan perubatan dan elaun juga adalah untuk kakitangan awam, bukan berbentuk menekan kerajaan. "Kita tahu (siapa mereka) dan apabila kita nak bincang isu berbangkit, mereka hanya hantar wakil... buang masa saja. Malah, ada ketua jabatan menyifatkan perjuangan CUEPACS adalah haram seperti badan tidak berdaftar. Kita sedang siasat dan jika benar akan mengambil tindakan sewajarnya.

Peserta  KPPKSM telah menginap di Adik Homestay, Kuala Terengganu. Peserta telah dibawa membeli belah di Pasar Payang, Losong, Masjid Kristal dan makan malam di Lagoon.

Kenangan rombongan ini adalah apabila bas Jabatan mengalami kerosakan semasa mendaki di Bukit Tinggi. Terima kasih kepada pihak pengurusan (Saudara Azman) yang mengambil tindakan yang pantas untuk menghantar bas gantian.

Rombongan tiba di Putrajaya sekitar jam 1.30 pagi.

ROSLAN NORDIN
S/U KPPKSM

Thursday, May 6, 2010

SYARAT BERSARA PILIHAN BUKAN TETAP

Langkah perketat hanya sementara, ditarik balik jika ekonomi pulih

KUALA LUMPUR: Syarat permohonan bersara pilihan kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan yang diperketatkan dan diperkenalkan 1 Februari lalu, akan ditarik balik apabila kedudukan ekonomi dan kewangan semasa negara pulih.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata meskipun syarat permohonan bersara pilihan diperketatkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun mereka yang benar-benar memenuhi syarat seperti memerlukan wang untuk kesihatan, pendidikan atau mengelak daripada bankrap, boleh mendapatkan bayaran ganjaran sekali gus ketika bersara pilihan.

“Syarat yang diperkenalkan itu adalah langkah sementara saja. “Ia akan ditarik balik apabila ekonomi negara bertambah baik,” katanya ketika dihubungi. Baru-baru ini, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Datuk Yeow Chin Kiong, berkata JPA mengetatkan permohonan bersara pilihan kakitangan awam itu berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP). Katanya, antara syarat baru yang diperkenalkan mulai 1 Februari lalu ialah kakitangan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi ketika bersara pilihan, berbanding bayaran sekali gus seperti yang dibuat sebelum ini. Baki ganjaran akan dibayar bergantung kepada keputusan kerajaan, tetapi tidak melampaui usia bersara wajib pekerja terbabit. Bagaimanapun, wang gantian cuti rehat dan pencen bulanan dibayar mengikut undang-undang.

Kali pertama JPA mengambil langkah sama ialah pada 1998 berkuat kuasa selama 18 bulan. Ekoran itu, Cuepacs telah mengadakan perbincangan dengan JPA bagi membincangkan semula syarat baru bersara pilihan yang disifatkannya tidak adil kepada kakitangan awam.

Presidennya, Omar Osman ketika dihubungi berkata, pada pertemuan antara Cuepacs dan JPA baru-baru ini, JPA memberi jaminan bahawa pelaksanaan syarat baru itu adalah bagi jangka pendek saja. “Cuepacs sangat berharap pelaksanaan syarat baru itu hanya sehingga hujung tahun ini saja dan dapat ditarik balik awal Januari tahun depan,” katanya.

Pada pertemuan itu juga, katanya, Cuepacs mahu supaya faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus sekarang ini diturunkan kepada satu peratus. Katanya, ia kerana kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus sekarang yang dilaksanakan sejak kira-kira 30 tahun lalu hanya sesuai ketika harga rumah jauh lebih rendah daripada sekarang ini. “Harga rumah sekarang adalah jauh lebih mahal. “Bagi kakitangan awam berpendapatan sederhana dan rendah, bayaran balik bulanan pada kadar empat peratus itu adalah tinggi,” katanya.

Wednesday, April 28, 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM 2010

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010 akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis 13 Mei 2010 dari jam 8.30 hingga 12.00 tengah hari.
KPPKSM akan menghantar ahlinya serama 40 orang untuk menyertai dan memeriahkan lagi majlis ini.
Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan diharap beliau akan mengumumkan sesuatu yang mengembirakan penjawat awam sebagaimana yang pemberian taraf KUP kepada penjawat awam yang berkhidmat dalam skim yang sama selepas 15 tahun berkhidmat.

PERHIMPUNAN SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI

Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2010 akan dilangsungkan di Stadium Negeri Terengganu. KPPKSM akan menghantar wakil seramai 40 orang. Turut dijemput menyertai perhimpunan ini adalah ahli Kesatuan JP Terengganu.
Rombangan yang diketuai oleh Saudara Setiausaha akan memulakan perjalanan dengan menaiki bas Jabatan pada 8.30 malam 30 April 2010 dan dijangka tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 6.00 pagi 1 Mei 2010.

Perhimpunan akan dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Selepas perhimpunan, rombongan KPPKSM akan ke tempat penginapan Adek Homestay, Jalan Kamarudin. Dua banglo, satu untuk perserta lelaki dan satu untuk perserta wanita disediakan. Setiap banglo yang mempunyai 5 bilik berhawa dingin.

Pihak KPPKSM telah mengatur beberapa program untuk mengisi masa lapang peserta, antaranya melawat Arfa Batik, Pasar Payang dan Masjid Kristal. Makan malam disediakan oleh KPPKSM di Lagoon.

Rombongan akan bertolak balik ke Putrajaya pada 02 Mei 2010 dan dalam perjalanan balik akan singgah di Pantai Kelulut untuk memberi peluang kepada peserta untuk membeli keropok Terengganu.

Monday, April 26, 2010

KEMPEN "HINDAR MENERIMA, PERANGI PEMBERI RASUAH" -SPRM

27 April 2010

PENJAWAT AWAM TIDAK MUDAH DISOGOK : KSN

Bernama 2010/04/26 PUTRAJAYA: Kempen "Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah" akan memberi satu amaran kepada masyarakat umum bahawa penjawat awam tidak mudah disogok dengan rasuah, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini. “Kita akan memberi satu isyarat bahawa kita mempunyai integriti yang tinggi,” katanya di majlis perasmian kempen itu yang melibatkan agensi penguatkuasaan utama seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Antara yang hadir di majlis itu adalah Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tun Abdul Hamid Mohamad; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan Presiden Cuepacs, Omar Osman

Wednesday, April 14, 2010

CUEPACS MINTA KERAJAAN SEMAK SEMULA GAJI PENJAWAT AWAM

PULAU PINANG, 14 April (Bernama)

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya menyemak semula gaji penjawat awam. Presiden Cuepacs Omar Osman berkata kongres itu dalam proses menyiapkan satu memorandum semakan seiring dengan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk mengukuhkan sektor awam." Kami di peringkat akhir bagi menyiapkan memorandum itu untuk diserahkan kepada kerajaan kerana kali terakhir kenaikan gaji ialah kira-kira empat tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar Kebangsaan Kepimpinan Muda Kesatuan Sekerja Sektor Awam di sini Rabu. Beliau berkata Cuepacs akan menyiapkan memorandum itu untuk diserahkan kepada kerajaan dalam masa sebulan dua ini.
Sementara itu, beliau berkata penjawat awam yang memohon bersara pilihan masih boleh memperoleh ganjaran penuh jika mempunyai alasan munasabah bagi menyokong permohonan itu seperti masalah kesihatan selepas persetujuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)."JPA telah setuju memberi kelonggaran itu bagi kes tertentu tetapi jika alasan bersara pilihan tidak munasabah, syarat yang ditetapkan dalam pekeliling adalah terpakai," katanya.Mengulas lanjut, Omar berkata penjawat awam yang bercadang bersara awal dan mempunyai alasan kukuh seperti masalah kesihatan ingin selesaikan hutang, boleh mendapat 100 peratus ganjaran."Jika nak bersara tanpa tujuan dan alasan yang kukuh, mereka akan menerima 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi," katanya.
Tambahnya, JPA juga memberi jaminan syarat itu hanya berbentuk jangka pendek dan kembali kepada syarat lama apabila keadaan ekonomi negara kembali pulih.Mulai 1 Februari lalu, JPA mengetatkan permohonan bersara pilihan kakitangan awam persekutuan, negeri dan badan berkanun serta kerajaan tempatan berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Antara syarat baru itu, kakitangan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi ketika bersara pilihan berbanding bayaran sekali gus sebelum ini.-- BERNAMA

Thursday, April 8, 2010

Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Kerajaan

Bernama07/04/2010
1:03pm
KUALA LUMPUR 7 April - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam kepada dua peratus dariada empat peratus sekarang.Ia bagi diselaras dengan kadar pasaran semasa."Banyak bank kini mengenakan kadar yang kurang daripada empat peratus dan kerajaan patut mengambil langkah yang sama untuk menyelaras kadar berkenaan,” kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.Beliau memberi alasan bahawa kadar empat peratus itu sudah lama diperkenalkan iaitu sejak awal 70-an."Oleh kerana sudah hampir 40 tahun, keadaan sudah berbeza maka penyesuaian perlu dilakukan,” katanya. - Bernama

Wednesday, March 31, 2010

PENGEMASKINIAN DAFTAR KEAHLIAN

MJKK KPPKSM akan menjalankan urusan pengemaskinian daftar keahlian. Ini disebabkan banyak pertukaran tempat bertugas dan kenaikan pangkat terutamanya proses KUP baru-baru ini.

Diharap semua wakil Bahagian/JP Negeri dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan pengemaskinian ini.

Roslan Nordin
Setiausaha KPPKSM

SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2010

Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2010 akan diadakan di Stadium Negeri Terengganu pada 01 Mei 2010. KPPKSM sedang berusaha mendapatkan bas Jabatan untuk menghantar 40 orang ahli untuk memeriahkan sambutan ini.

SELAMAT DATANG

MJKK KPPKSM MENGAKU-ALUKAN PELAYARAN SEMUA AHLI KPPKSM UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN AKTIVITI KESATUAN DISAMPING DAPAT BERINTERAKSI DEMI UNTUK MEMPERTINGKATKAN PRESTASI KESATUAN