Wednesday, April 28, 2010

PERHIMPUNAN SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI

Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2010 akan dilangsungkan di Stadium Negeri Terengganu. KPPKSM akan menghantar wakil seramai 40 orang. Turut dijemput menyertai perhimpunan ini adalah ahli Kesatuan JP Terengganu.
Rombangan yang diketuai oleh Saudara Setiausaha akan memulakan perjalanan dengan menaiki bas Jabatan pada 8.30 malam 30 April 2010 dan dijangka tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 6.00 pagi 1 Mei 2010.

Perhimpunan akan dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Selepas perhimpunan, rombongan KPPKSM akan ke tempat penginapan Adek Homestay, Jalan Kamarudin. Dua banglo, satu untuk perserta lelaki dan satu untuk perserta wanita disediakan. Setiap banglo yang mempunyai 5 bilik berhawa dingin.

Pihak KPPKSM telah mengatur beberapa program untuk mengisi masa lapang peserta, antaranya melawat Arfa Batik, Pasar Payang dan Masjid Kristal. Makan malam disediakan oleh KPPKSM di Lagoon.

Rombongan akan bertolak balik ke Putrajaya pada 02 Mei 2010 dan dalam perjalanan balik akan singgah di Pantai Kelulut untuk memberi peluang kepada peserta untuk membeli keropok Terengganu.

No comments:

Post a Comment