Monday, May 10, 2010

SAMBUTAN HARI PEKERJA 01 MEI

Sambutan Hari Pekerja 01 Mei tahun ini telah dilangsungkan di Stadium Negeri Terengganu. KPPKSM telah menghantar 45 wakil daripada anggota di Ibu Pejabat Putrajaya, Wisma Minlon, JPN WPKL dan juga dari JPN Terengganu.

Sambutan ini dimulakan dengan ucapan yang amat memberangsangkan oleh Presiden CUEPACS dan seterusnya dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia. Tema sambutan tahun ini adalah "Kebajikan Cemerlang, Gagasan Malaysia Terbilang".

Hadir sama adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Zakaria Jaafar dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Dr Alias Isma.

Antara perkara yang disentuh oleh CUEPACS adalah memastikan 1.3 juta kakitangan awam mengubah pendekatan dan cara bekerja bagi memenuhi hasrat Datuk Seri Najib Razak yang mahu pekerja di negara ini menjadikan kreativiti dan penciptaan semula sebagai fokus tahun ini dalam usaha meningkatkan produktiviti dan transformasi ekonomi negara.

CUEPACS akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menukar status kakitangan awam Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 kepada nama baru dikenali Kumpulan Pelaksana kerana nama Kumpulan Sokongan tidak sesuai lagi kerana apa saja arahan yang dikeluarkan pihak atasan akan dilaksanakan oleh kakitangan gred berkenaan.

CUEPACS juga mendedahkan bahawa terdapat ketua jabatan sektor awam yang baru, mula memperlekehkan kesatuan itu serta pemimpinnya, termasuk menyifatkan CUEPACS seperti pertubuhan haram yang tidak berdaftar. CUEPACS kecewa dengan sikap ketua jabatan berpandangan sedemikian kerana mereka sepatutnya sedar kejayaan sesebuah jabatan amat bergantung kepada tugas kakitangannya dan perjuangan CUEPACS untuk menjadikan sektor awam berwibawa dan dihormati. Katanya, apa saja yang diperjuangkan CUEPACS seperti tuntutan kenaikan gaji, kemudahan perubatan dan elaun juga adalah untuk kakitangan awam, bukan berbentuk menekan kerajaan. "Kita tahu (siapa mereka) dan apabila kita nak bincang isu berbangkit, mereka hanya hantar wakil... buang masa saja. Malah, ada ketua jabatan menyifatkan perjuangan CUEPACS adalah haram seperti badan tidak berdaftar. Kita sedang siasat dan jika benar akan mengambil tindakan sewajarnya.

Peserta  KPPKSM telah menginap di Adik Homestay, Kuala Terengganu. Peserta telah dibawa membeli belah di Pasar Payang, Losong, Masjid Kristal dan makan malam di Lagoon.

Kenangan rombongan ini adalah apabila bas Jabatan mengalami kerosakan semasa mendaki di Bukit Tinggi. Terima kasih kepada pihak pengurusan (Saudara Azman) yang mengambil tindakan yang pantas untuk menghantar bas gantian.

Rombongan tiba di Putrajaya sekitar jam 1.30 pagi.

ROSLAN NORDIN
S/U KPPKSM

No comments:

Post a Comment